Pernah tak korang dikecewakan . Mesti pernah kan ? . Aku jugak merasai jugak . Tapi itu bukan
lah penamat hidup kita sebagai seorang remaja kan . Biarlah orang mencaci kita , maki hamun kita .
Tapi kita tahu kan siapa diri kita yang sebenarnya .Sakit apabila diduakan memang memeritkan .
Rasa dunia ini terhenti dengan sendiri nya . Rasa jugak diri duduk dalam dunia lain masa ituu ..
Fuhh . Penat duk tangis-tangis aku .
Sekarang nak penghujung bulan 12 kan , kita nak masuk tahun baru iaitu tahun 2012.
Aku harap sangat - sangat kehidupan aku pada tahun berkenanan sentiasa tabah
mengharungi dugaan hidup yang penuh pancaroba . Tanpa mak ayah disisi aku ,
aku anak yang lemah sekali kat dunia ini . Aku kuncikan hati aku jangan menerima lelaki
laen . Aku berfikir sejenak , adakah lelaki zaman sekarang hanya mahu seks semata- mata .
Pada zaman remaja nih ? fikirkanlah :)
Aku nak macam nih boleh ? Berharap *
Nampak bahagia kan . Boleh bersuka ria dengan anak-anak bila ketika mereka tengah membesar .
Impian aku bila aku dijodohkan dengan lelaki yang buleh terima aku seadanya .Aku hanya ingin
dia memberikan aku sepenuh kasih sayang tanpa mengharapkan balasan . Tu je bila aku dewasa nanti.
Hiduplah seperti apa kita mahu . Tapi harus dingat ya , kita sebagai seorang islam harus ikot syariat nya .
Sama-samalah kita menempuh kehidupan dengan penuh iman dihati :)


No comments:
Post a Comment